PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 2.54 mata kepada 1,578.51 pukul 9.24 pagi hari ini, berbanding 1,581.05 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,581.75.
Jumlah dagangan sebanyak 226.47 juta unit bernilai RM112.53 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 204 berbanding 183 dengan 306 kaunter tidak berubah dan 1,897 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks STI Singapura turun 16.24 mata atau 0.38 peratus kepada 4,256.52 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, indeks Nikkei Jepun meningkat 269.97 mata atau 0.63 peratus kepada 42,919.23 dan indeks Kospi Korea Selatan juga naik sebanyak 1.29 mata atau 0.040 peratus kepada 3,225.66. – UTUSAN