PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 0.48 mata kepada 1,538.16 pukul 9.01 pagi hari ini, berbanding 1,538.64 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,537.92.
Jumlah dagangan sebanyak 44.26 juta unit bernilai RM21.40 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 95 berbanding 74 dengan 239 kaunter tidak berubah dan 2,106 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 14.73 mata atau 0.036 peratus kepada 40,564.27, manakala indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 0.50 peratus kepada 3,182.14 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura naik 0.11 peratus kepada 4,213.05. – UTUSAN