PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 0.04 mata kepada 1,541.44 pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,541.48 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,540.50.
Jumlah dagangan sebanyak 133.21 juta unit bernilai RM64.34 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 171 berbanding 130 dengan 260 kaunter tidak berubah dan 1,947 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 205.79 mata atau 0.50 peratus kepada 41,000.65 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.46 peratus kepada 3,212.92 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura naik 0.47 peratus kepada 4,247.52. – UTUSAN