PETALING JAYA: AmInvestment Bank Berhad menjangkakan inventori sawit akan mencapai paras tertinggi pada Ogos atau September dan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) akan mula berkurangan bermula Oktober disebabkan faktor bermusim. Bank pelaburan berkata, sehubungan itu, pihaknya percaya harga MSM akan kekal disokong melebihi paras RM4,000 setan sehingga akhir Mac 2026. Katanya, statistik sawit bagi Julai 2025 oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan inventori minyak sawit Malaysia meningkat empat peratus…