PETALING JAYA: Pemaju hartanah terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) memperkenalkan kempen khas bertemakan ‘Beli Rumah, Tunai Umrah’ yang menawarkan pakej umrah bernilai RM100,000 kepada pembeli rumah terpilih. Kempen yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Disember ini akan menyaksikan 12 pemenang bertuah dipilih dalam kalangan pembeli projek KITA Bestari (Rumah Bandar) dan KITA Sejati (Pangsapuri Servis) di perbandaran KITA @ Cybersouth. Inisiatif tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Al Hijjrah Vacation…