KWSP jual pegangan dalam KIP REIT

KWSP jual pegangan dalam KIP REIT, bukan lagi pemegang saham utama

kwsp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual dua juta unit saham atau pegangan sebanyak 0.25 peratus dalam KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT), sekali gus menjadikannya bukan lagi pemegang saham utama.

KIP REIT dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, KWSP telah mula mengurangkan pegangannya secara berperingkat sejak 10 Julai lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, KWSP telah menjual sebanyak 9.95 juta unit saham KIP atau 1.25 peratus pegangan.

Selepas penjualan terbabit, KWSP kini memegang 38.56 juta unit, bersamaan dengan 4.83 peratus kepentingan dalam amanah pelaburan hartanah itu.

KIP REIT mencatatkan peningkatan 6.1 peratus pendapatan harta bersih (NPI) kepada RM28.05 juta pada suku keempat yang berakhir pada 30 Jun 2025, berbanding RM26.43 juta dalam suku yang sama tahun sebelumnya.

Ini sejajar dengan kenaikan hasil suku tahunan sebanyak 22.2 peratus kepada RM39.89 juta daripada RM32.64 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN