PETALING JAYA: Bagi setengah tahun pertama 2025, Kumpulan Public Bank mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM4.65 bilion yang merupakan pertumbuhan sebanyak 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024. Keuntungan bersih meningkat sebanyak 2.1 peratus kepada RM3.51 bilion pada tempoh yang sama. Prestasi yang teguh itu dipacu oleh pertumbuhan hasil keseluruhan. Pendapatan faedah dan pembiayaan bersih meningkat sebanyak 4.1 perat kepada RM5.65 bilion. Pendapatan bukan faedah dan bukan pembiayaan…