KHPT Holdings catat untung selepas cukai RM1.17j

KHPT Holdings catat untung selepas cukai RM1.17j pada suku kedua 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KHPT Holdings Berhad (KHB), pengeluar dan pembekal komponen automotif mencatatkan pertumbuhan untung selepas cukai (PAT) kepada RM1.17 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, berbanding RM0.19 juta pada tahun sebelumnya.

Prestasi lebih baik disokong oleh keberkesanan pengurusan kos serta pengoptimuman barisan pengeluaran.

Pengarah Urusan Kumpulan KHB, Datin Eloise See berkata, prestasi yang dicapai menunjukkan keberkesanan strategi syarikat dalam meningkatkan kecekapan operasi, mengurus kos secara berhemah dan menawarkan penyelesaian bernilai tambah kepada pelanggan.

Walaupun cabaran pada bahagian hasil masih wujud, kami sedang membina asas yang lebih kukuh untuk menyokong daya tahan jangka panjang dan kesiapsiagaan bagi pertumbuhan masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Eloise berkata, walaupun hasil suku kedua sedikit menurun kepada RM23.11 juta berbanding RM23.99 juta tahun lalu, keuntungan kasar meningkat 57 peratus kepada RM3.08 juta berbanding RM1.97 juta sebelumnya. 

“Peningkatan itu dipacu oleh langkah pengawalan kos yang disiplin dan kecekapan operasi.

“Segmen perkhidmatan penyelesaian acuan turut menyumbang RM0.5 juta hasil, sekali gus memperkukuh kedudukan kumpulan melalui penawaran kejuruteraan berketepatan tinggi kepada pelanggan,” ujarnya. 

Tambah beliau, bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, KHB merekodkan hasil sebanyak RM46.24 juta berbanding RM52.32 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya. 

“Setakat 30 Jun 2025, syarikat mengekalkan rizab tunai kukuh berjumlah RM35.1 juta termasuk RM16.4 juta hasil IPO yang belum digunakan, selain beroperasi tanpa pinjaman material.

“Melangkah ke hadapan, KHB kekal berhati-hati namun optimis dengan landskap industri automotif yang dinamik, sambil menekankan keutamaan kepada kecemerlangan operasi, kecekapan kos dan keutamaan pelanggan bagi mencipta nilai mampan jangka panjang,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN