Kekal produktif di usia emas

Kekal produktif di usia emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

USIA tua sering dianggap sebagai fasa berehat selepas sekian lama bekerja keras. 

Namun begitu, usia emas boleh menjadi masa untuk terus berkongsi pengalaman, mengasah minat baharu dan mengekalkan gaya hidup sihat. 

Dengan persediaan fizikal, mental dan kewangan yang baik, seseorang boleh kekal aktif, berdikari serta relevan dalam keluarga dan masyarakat walaupun setelah melangkaui usia persaraan.

Minggu ini, Ringgit berkongsi tip dengan pembaca untuk kekal produktif dan mengekalkan kualiti hidup di usia emas.

1.Jaga kesihatan fizikal

 

Perkara penting bagi memastikan badan kekal sihat di usia senja adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang.

 

Pilih makanan yang sihat seperti lebihkan sayuran, buah-buahan, bijirin penuh dan ikan, manakala kurangkan makanan yang boleh membahayakan kesihatan seperti gula dan garam.

 

Kekal aktif dengan melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, yoga, berenang atau joging.

 

Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengesan awal penyakit seperti diabetes, darah tinggi atau masalah jantung.

 

2.Kekalkan kebolehan kognitif

 

Latih otak secara konsisten dengan membaca, menulis, bermain catur atau teka silang kata.

 

Terus belajar perkara baharu seperti bahasa asing, kemahiran teknologi atau kursus dalam talian.

 

Aktif bersosial kerana interaksi sosial terbukti membantu mengurangkan risiko kemerosotan memori dan demensia.

 

Selain itu, pastikan anda mempunyai tidur yang berkualiti kerana otak memproses dan menyimpan maklumat dengan lebih baik ketika tidur.

 

Kurangkan stres melalui meditasi atau aktiviti santai kerana tekanan berlebihan boleh melemahkan fungsi otak.

 

3.Aktif dalam komuniti dan sosial

 

Pastikan anda meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat untuk kekal aktif dalam komuniti.

 

Sertai kerja sukarela atau persatuan penduduk kerana ini bukan sahaja memberi sumbangan kepada masyarakat tetapi juga meningkatkan harga diri.

 

Berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan generasi muda, contohnya menjadi mentor.

 

4.Kewangan dan keselamatan sosial

 

Bagi yang menuju ke usia emas, perancang persaraan lebih awal perlu bagi memastikan anda mempunyai ada simpanan, pelaburan atau pencen yang mencukupi.

 

Jika mampu, teruskan bekerja separuh masa atau berniaga kecil-kecilan seperti menjadi pemandu e-hailing atau mengambil tempahan makanan daripada kenalan.

 

Pengurusan perbelanjaan dengan bijik penting untuk mengelakkan beban hutang di usia lanjut.

 

5.Gaya hidup sihat dan positif

 

Selain memastikan tidur yang cukup dan berkualiti, anda juga boleh mengekalkan hobi atau mencari hobi baharu seperti berkebun, melukis, memasak dan menulis.

 

Sentiasa bersikap positif terhadap perubahan hidup, terutamanya selepas bersara.

 

6.Gunakan teknologi untuk produktiviti

 

Manfaatkan telefon pintar, aplikasi kewangan atau kesihatan untuk memudahkan urusan harian.

 

Sertai kelas digital bagi mempelajari kemahiran teknologi asas supaya terus relevan dan berhubung dengan dunia luar.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN