PETALING JAYA: Rangkaian penjagaan kulit sensitif terkemuka antarabangsa yang dipercayai dan jenama penjagaan kulit dermatologikal, Cetaphil®, mengumumkan transformasi penjenamaan semulanya, Cetaphil SkinLABS.
Pendekatan baharu ini telah diperkenalkan dengan kolaborasi bersama pakar-pakar dermatologi, di samping turut menjalinkan kerjasama baharu dengan komuniti pempengaruh.
Ini memastikan nasihat dan ilmu daripada mereka yang berpengalaman dapat diakses oleh semua pihak.
Di samping itu mereka turut sambil memperkenalkan dua produk inovatif rangkaian Gentle Exfoliating Salicylic Acid dan Cetaphil Baby Soothing Moisturising Cream.
Bertindak di atas penerimaan cadangan dan nasihat yang terlalu banyak berkaitan penjagaan kulit di media sosial, yang sering menimbulkan kekeliruan dan boleh menjejaskan lapisan pelindung kulit, Cetaphil telah melancarkan strategi berasaskan sokongan advokasi, yang mengutamakan pendedahan pengguna kepada kepakaran dermatologi.
Pengurus Negara Galderma Malaysia, Cindy Tiu berkata, pengetahuan dermatologi boleh menyebabkan seseorang mendapat maklumat yang salah dan berkemungkinan terdedah kepada amalan penjagaan yang memudaratkan, Cetaphil menjalinkan kolaborasi dengan pakar dermatologi dan pempengaruh untuk mempelajari dan mendapatkan sokongan berkaitan penjagaan kulit yang berkesan untuk semua.
“Komitmen Cetaphil adalah untuk menghasilkan solusi berpandukan sains yang merangkumi semua keperluan penjagaan kulit, demi memastikan semua orangtanpa mengira jenis kulit atau masalah mereka mempunyai akses kepada penjagaan kulit yang berkesan serta telah dibuktikan secara klinikal,” katanya dalam kenyataan.
Tiu berkata, kulit sensitif menjejaskan hampir 50 peratus orang dewasa di Malaysia.
“Meskipun perkara ini agak mengejutkan, salah faham sejak sekian lama telah menghalang perkembangan untuk kategori jenis kulit sensitif ini: produk yang direka untuk kulit sensitif sering dilihat sebagai terlalu lembut atau kurang dari segi keberkesanannya,” katanya.
Bagaimanapun, Tiu berkata, Cetaphil dengan tegas telah menolak stigma ini, dengan memberikan solusi penjagaan kulit yang berkesan di samping melindungi lapisan pelindung kulit tanpa menjejaskan hasil keseluruhannya.
“Selama lebih 75 tahun, Cetaphil telah berusaha sedaya upaya merentasi sempadan dan mendalami penjagaan kulit berasaskan sains agar semua orang berasa bebas untuk menyerlahkan diri mereka yang paling autentik.
“Di Cetaphil, kami untuk semua yang berkulit sensitif,” katanya.
Dihasilkan untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat, Pembersih dan Losyen Lembut Cetaphil Gentle Exfoliating SA adalah gabungan yang hebat yang menggabungkan tiga asid lembut, PHA (Glukonolakton) untuk melembap dan menghidrat, AHA (Asid Mandelik) untuk memperbaiki tona kulit serta penghasilan sel kulit baharu, dan BHA (Asid Salisilik) untuk mengawal minyak dan mengurangkan kemerahan bagi pengelupasan yang lembut tanpa kerengsaan.
Campuran unik ini menggalakkan pembaharuan sel untuk menghasilkan kulit yang lebih lembut dan berseri selepas dengan hanya sekali penggunaan, secara klinikal dapat mengurangkan jeragat sebanyak 28 peratus dan bintik hitam sebanyak 45 peratus pada kulit yang mudah berjerawat.
Ia juga meningkatkan kesemua 15 seramida penting untuk memulihkan lapisan pelindung kulit, sementara losyennya memberikan penghidratan selama 48 jam.-UTUSAN