PETALING JAYA: Bursa Malaysia mengukuh 4.66 mata kepada 1,592.87 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,588.21 ada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,591.92.
Jumlah dagangan sebanyak 2.67 bilion unit bernilai RM2.86 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 522 berbanding 513 dengan 491 kaunter tidak berubah dan 1,068 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 278.38 mata atau 0.65 peratus kepada 42,610.17 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura meningat sebanyak 0.11 peratus kepada 4,224.18, manakala indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.37 peratus kepada 3,141.74.- UTUSAN