PETALING JAYA: Bursa Malaysia susut 2.03 mata kepada 1,588.21 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,590.24 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,588.03.
Jumlah dagangan sebanyak 2.56 bilion unit bernilai RM2.50 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 655 berbanding 376 dengan 486 kaunter tidak berubah dan 1,085 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 657.74 mata atau 1.51 peratus kepada 42,888.55 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura naik sebanyak 0.01 peratus kepada 4,216.69, manakala indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 0.68 peratus kepada 3,130.09. – UTUSAN