Bursa Malaysia ditutup negatif

Bursa Malaysia ditutup negatif

tarif
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 6.37 mata kepada 1,526.98 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,533.35 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,530.28.

Jumlah dagangan sebanyak 2.62 bilion unit bernilai RM1.94 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 584 berbanding 390 dengan 479 kaunter tidak berubah dan 1,037 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 508.90 mata atau 1.25 peratus kepada 40,290.70, manakala indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 28.34 mata atau 0.91 peratus kepada 3,147.75.

Selain itu, Indeks STI Singapura meningkat 44.91 mata atau 1.08 peratus kepada 4,198.74. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN