Bursa Malaysia ditutup negatif

Bursa Malaysia ditutup negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Bursa Malaysia turun 20.86 mata kepada 1581.59  pukul 5 petang hari ini, berbanding 1602.45 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1602.90.

Jumlah dagangan sebanyak 4.31 juta unit bernilai RM6.46 juta. 

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 637 berbanding 409 dengan 495 kaunter tidak berubah dan 1,117 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 413.42 mata atau 0.97 peratus kepada 42,394.40 dan indeks Kospi Korea Selatan susut sebanyak 0.95 peratus kepada 3,179.36 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura jatuh sebanyak 0.16 peratus kepada 4,249.82. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN