Bursa Malaysia dibuka positif

Bursa Malaysia dibuka positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 5.42 mata kepada 1602.89 pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1597.71 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1602.82

Jumlah dagangan sebanyak 111.45 juta unit bernilai RM69.3 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 226 berbanding 79 dengan 253 kaunter tidak berubah dan 2,056 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 285.83 mata atau 0.60 peratus kepada 42,888.13, manakala, indeks STI Singapura naik sebanyak 0.52 peratus kepada 4,253.02 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan menokok sebanyak 0.77 peratus kepada 3,193.18.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN