PETALING JAYA: Bursa Malaysia susut 0.56 mata kepada 1,589.68 pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,590.24 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,588.03.
Jumlah dagangan sebanyak 67.02 juta unit bernilai RM29.58 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 112 berbanding 107 dengan 264 kaunter tidak berubah dan 2,119 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 602.83 mata atau 1.38 peratus kepada 42,943.46 dan indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 1.55 peratus kepada 3,102.77 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura susut 0.05 peratus kepada 4,214.29. – UTUSAN