BNM tambah 13 syarikat dalam senarai amaran pengguna kewangan

BNM tambah 13 syarikat dalam senarai amaran pengguna kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menambah 13 lagi syarikat ke dalam senarai amaran pengguna kewangan.

Senarai itu melibatkan entiti yang tidak mendapat kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang serta peraturan yang ditadbir bank pusat itu.

BNM memaklumkan, senarai berkenaan bertujuan memberi panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima daripada orang awam.

“Senarai ini tidak lengkap dan hanya sebagai rujukan kepada pengguna bagi mengelakkan mereka terdedah kepada risiko penipuan kewangan,” katanya dalam kenyataan itu.

Antara syarikat terbabit ialah Trader Pro Investment, SQD Academy, International Global Traders, JAZ Million Resources, Sahabat Gold Machine Trade, MyGlobalTraders, Skim Grand Capital Global serta Skim Success Market Trading Malaysia Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Hap Seng Consolidate Berhad, SJ Securities Sdn. Bhd., Arab Investment Company Berhad, M Advisory dan Areca Capital Sdn. Bhd. pula disenaraikan sebagai entiti klon berpotensi.

Entiti klon berpotensi merujuk kepada pihak yang menyamar sebagai organisasi sah dengan meniru nama, logo atau butiran pendaftaran syarikat bagi mengelirukan orang ramai.

Menurut bank pusat itu, persamaan dengan entiti sah menjadikan entiti klon berpotensi berisiko tinggi untuk memperdaya pengguna kewangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN