Trinity Sensoria tampil sebagai kondominium berkonsep kesejahteraan pertama di Malaysia

Trinity Sensoria tampil sebagai kondominium berkonsep kesejahteraan pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KONSEP kehidupan sihat dan selamat menjadi teras kepada pembangunan Trinity Sensoria, projek kondominium terkini oleh Trinity Group Sdn Bhd di Ampang, berhampiran kawasan mewah Beverly Heights.

Menggabungkan inovasi moden dengan ketenangan landskap hijau, Trinity Sensoria bukan sahaja menyediakan kediaman berkualiti tinggi, malah menampilkan Sistem Perlindungan Lima Peringkat pertama seumpamanya di Malaysia. 

Sistem itu merangkumi teknologi tanpa sentuhan, reka bentuk berorientasikan kesejahteraan, kemudahan kesihatan fizikal, ruang kesejahteraan sosial dan kemudahan kesihatan mental.

Pengasas dan Pengarah Urusan Trinity Group, Datuk Neoh Soo Keat berkata, projek ini merupakan pegangan bebas di atas tanah seluas 6.1 hektar ini menawarkan 737 unit kediaman dalam tiga blok, dengan keluasan binaan bermula dari 1,008 hingga 2,591 kaki persegi dan harga bermula sekitar RM608,000.

“Trinity Sensoria ini dirancang dalam tiga fasa dengan tarikh pembinaan bermula pada 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2028.

“Fasa pertama yang dilancarkan enam bulan lalu telah mendapat sambutan luar biasa apabila 100 peratus unit telah ditempah, mencerminkan keyakinan pembeli terhadap jenama Trinity serta daya tarikan projek ini sebagai pelaburan dan kediaman jangka panjang.

“Kondominium ini sesuai untuk pelbagai segmen pembeli termasuk keluarga muda, profesional dan pelabur yang mencari kediaman strategik dengan nilai tambah tersendiri.

“Penduduk Trinity Sensoria juga bakal menikmati pelbagai kemudahan berorientasikan kesejahteraan termasuk kolam infiniti 50 meter, gelanggang pickleball dan futsal mini, pawagam luar, gim, pod hidroterapi, Spa Villa, kebun sayuran kecil dan surau.Konsep landskap hijau turut menjadi nilai tambah utama dengan penyediaan ruang santai seperti dek meditasi, taman spa, ‘Wellness Lawn’, ‘Trail of Tranquility’ serta laman kontemplasi yang menyokong gaya hidup seimbang,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Kemudahan dalaman pula merangkumi dewan serbaguna, bilik hiburan, ruang belajar, mini mart, dobi, kafeteria dan bilik persalinan, menjadikan Trinity Sensoria kediaman moden yang lengkap dan berfungsi.

Dari segi lokasi, projek ini memiliki akses mudah ke lebuh raya utama seperti Lebuh Raya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2), Lebuhraya Duta–Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Klang (SUKE), Lebuhraya Setiawangsa–Pantai (SPE) dan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) yang akan datang serta berdekatan dengan pusat bandar seperti Taman Melawati, Wangsa Maju, Setiawangsa, Ampang dan Beverly Heights.

Stesen LRT Sri Rampai terletak dalam lingkungan lima kilometer dan turut disokong dengan perkhidmatan shuttle ke stesen serta Melawati Mall.

Kemudahan harian lain termasuk Giant Supermarket (2km), Melawati Mall dan Wangsa Walk (4.5km), KL East Mall dan Great Eastern Mall (7km) serta KLCC yang hanya 10 kilometer dari projek.

Trinity Sensoria juga mesra keluarga dengan kedudukannya berhampiran institusi pendidikan seperti Fairview International School, Brighton International School dan Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT), menjadikannya kediaman ideal untuk pembeli yang mementingkan kesejahteraan dan kemudahan jangka panjang.

Menariknya, setiap pembelian turut disokong oleh program ‘Gold Assurance’ yang menawarkan tempoh liabiliti kecacatan selama 36 bulan, jaminan kebocoran bumbung selama 10 tahun serta jaminan jubin pecah selama lima tahun membuktikan komitmen Trinity terhadap kualiti dan ketelusan.

Dengan visi yang menyeluruh terhadap kehidupan masa kini, Trinity Sensoria bukan sekadar sebuah projek hartanah, ia adalah pelaburan gaya hidup untuk generasi baharu.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN