PETALING JAYA: Tarif timbal balas dilaksanakan Amerika Syarikat (AS) menjadi ancaman kepada sektor strategik negara yang menjadi tunjang kepada kestabilan ekonomi dan sosial. Ini ekoran desakan negara kuasa besar itu yang meminta Malaysia membuka sektor terbabit kepada para pelabur AS. Permintaan itu dikatakan terkandung dalam salah satu syarat dalam rundingan tarif antara kedua-dua negara. Antara sektor strategik negara ini yang menarik perhatian AS adalah perbankan dan utiliti. Sehubungan itu, Malaysia…