PETALING JAYA: Malaysia dilihat berada dalam kedudukan yang ‘positif’ sebagai ruang perlindungan pelaburan domestik pada suku ketiga, meskipun berdepan beberapa sekatan tarif, menurut Malacca Securities Sdn Bhd. Syarikat pembrokeran berkata, pengukuhan ringgit ketika ini dijangka memberi manfaat besar kepada sektor berorientasikan domestik, terutamanya dalam konteks peningkatan pelaburan infrastruktur dan transformasi digital negara. Katanya, selepas tempoh jualan besar-besaran pada suku pertama 2025, sektor pusat data dilihat kembali stabil hasil pelaburan berterusan…