PETALING JAYA: Ramssol Group Berhad menyasarkan untuk membantu syarikat korporat dan perniagaan runcit tempatan mengintegrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan awan dari China melalui penganjuran Persidangan Pertukaran Kerjasama Teknologi & Perdagangan Malaysia-China 2025. Langkah itu dijangka mampu meningkatkan kecekapan operasi dan memperkasa pengalaman pelanggan berasaskan data, sejajar dengan matlamat jangka panjang syarikat untuk memacu transformasi digital merentas sektor. Persidangan yang berlangsung di Kuala Lumpur itu menghimpunkan pemain teknologi utama dari…










