PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) disenaraikan pada kedudukan tertinggi di Malaysia dan tempat ke-17 di peringkat global dalam kalangan Dana Kekayaan Negara (SWF) pada Papan Skor SWF GSR 2025 yang diterbitkan oleh Global SWF. Papan Skor GSR menilai lebih 200 institusi pelaburan milik negara di seluruh dunia, dengan menilai prestasi mereka dalam amalan tadbir urus, komitmen kelestarian dan daya tahan institusi mereka. PNB berkata, kumpulan memperoleh markah keseluruhan sebanyak…










