Perdagangan catat RM234.9 bilion pada Jun 2025 

Perdagangan catat RM234.9 bilion pada Jun 2025 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM234.9 bilion pada Jun 2025 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM121.7 bilion dan RM113.1 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, prestasi eksport bernilai RM121.7 bilion pada Jun 2025, menurun sebanyak RM4.4 bilion (-3.5 peratus) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. 

“Penurunan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Johor (-RM3.3 bilion), Sarawak (-RM1.8 bilion), Kedah (-RM1.6 bilion), Selangor (-RM1.2 bilion), Terengganu (-RM743.0 juta), Kuala Lumpur (-RM491.4 juta), Pahang (-RM312.9 juta), Labuan (-RM277.3 juta), Perak (-RM209.0 juta) dan Negeri Sembilan (-RM54.7 juta). 

“Walau bagaimanapun, nilai eksport meningkat di Pulau Pinang sebanyak RM4.9 bilion, Sabah (+RM414.3 juta), Melaka (+RM372.0 juta), Kelantan (+RM69.5 juta) dan Perlis (+RM2.9 juta),” katanya dalam kenyataan.

Beralih kepada prestasi import mengikut negeri, Mohd. Uzir berkata,  import pada bulan Jun 2025 meningkat RM1.4 bilion (+1.2 peratus) berbanding bulan yang sama pada tahun 2024. 

“Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM3.4 bilion), Johor (+RM1.5 bilion), Kuala Lumpur (+RM890.4 juta), Sabah (+RM254.5 juta), Perak (+RM108.0 juta), Labuan (+RM27.8 juta) dan Kelantan (+RM11.8 juta). 

“Walau bagaimanapun, nilai import menurun di Negeri Sembilan sebanyak RM1.3 bilion, Kedah (-RM980.0 juta), Melaka (-RM954.9 juta), Selangor (-RM903.4 juta), Pahang (-RM753.3 juta), Terengganu (-RM246.7 juta), Perlis (-RM87.2 juta) dan Sarawak (-RM16.9 juta). 

“Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 24.4 peratus, diikuti oleh Johor (24.3 peratus), Pulau Pinang (23.7 peratus), Kuala Lumpur (8.3 peratus) dan Kedah (5.4 peratus).,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN