PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 7.28 mata kepada 1,536.52 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,529.24 pada penutup Rabu, susulan penurunan Kadar Dasar Semalam (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) semalam.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,531.43.
Jumlah dagangan sebanyak 3.25 billion unit bernilai RM2.44 billion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 514 berbanding 407 dengan 539 kaunter tidak berubah dan 958 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 174.92 mata atau 0.44 peratus kepada 39,646.36 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 1.58 peratus kepada 3,183.23 dan indeks STI Singapura melonjak 0.44 peratus kepada 4,075.73. – UTUSAN










