PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 11.25 mata kepada 1,513.25 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,524.50 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,523.99.
Jumlah dagangan sebanyak 3.77 bilion unit bernilai RM3.10 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 545 berbanding 475 dengan 482 kaunter tidak berubah dan 993 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun melonjak 415.12 mata atau 1.02 peratus kepada 40,069.82 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura susut sebanyak 0.28 peratus kepada 3,245.44 dan indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 0.28 peratus kepada 3,245.44. – UTUSAN