PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 5.19 mata kepada 1,519.40 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,524.59 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,526.29.
Jumlah dagangan sebanyak 2.82 billion unit bernilai RM2.05 billion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 591 berbanding 413 dengan 472 kaunter tidak berubah dan 1015 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 44.19 mata atau 0.11 peratus kepada 39,774.92 dan indeks Kospi Korea Selatan susut sebanyak 1.27 peratus kepada 3,169.94 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura jatuh sebanyak 0.23 peratus kepada 4,197.47. – UTUSAN