PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 4.38 mata kepada 1,529.38 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,533.76 pada penutup Jumaat, susulan semakan semula pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus pada tahun ini.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,538.05.
Jumlah dagangan sebanyak 3.04 bilion unit bernilai RM2.30 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 557 berbanding 421 dengan 488 kaunter tidak berubah dan 1117 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 457.96 mata atau 1.10 peratus kepada 40,998.27 dan indeks STI Singapura susut sebanyak 0.16 peratus kepada 4,254.41 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.42 peratus kepada 3,209.52. – UTUSAN