PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 1.74 mata kepada 1,530.98 pukul 9.07 pagi hari ini, berbanding 1,529.24 pada penutup Rabu, susulan pengumuman penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas semalam.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,531.43.
Jumlah dagangan sebanyak 132.08 juta unit bernilai RM96.36 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 213 berbanding 107 dengan 288 kaunter tidak berubah dan 1810 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 132.65 mata atau 0.33 peratus kepada 39,688.63 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.88 peratus kepada 3,161.25 dan indeks STI Singapura naik 0.25 peratus kepada 4,057.82. – UTUSAN