PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 1.34 mata kepada 1,530.74 pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,529.38 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,529.58.
Jumlah dagangan sebanyak 221.81 juta unit bernilai RM105.91 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 164 berbanding 135 dengan 284 kaunter tidak berubah dan 1940 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun susut 304.06 mata atau 0.74 peratus kepada 40,694.21 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan jatuh sebanyak 0.51 peratus kepada 3,193.17 dan indeks STI Singapura turun 0.47 peratus kepada 4,241.14. – UTUSAN