PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 5.05 mata kepada 1,525.99 pukul 9.08 pagi hari ini, berbanding 1,520.94 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,522.97.
Jumlah dagangan sebanyak 161.41 juta unit bernilai RM113.92 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 244 berbanding 92 dengan 264 kaunter tidak berubah dan 1858 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 40.49 mata atau 0.10 peratus kepada 39,941.68 dan indeks STI Singapura melonjak 0.71 peratus kepada 4,161.43 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.11 peratus kepada 3,195.93. – UTUSAN