PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 4.85 mata kepada 1516.35 pukul 9.08 pagi hari ini, berbanding 1,511.50 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,511.89.
Jumlah dagangan sebanyak 167.82 juta unit bernilai RM87.16 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 177 berbanding 104 dengan 210 kaunter tidak berubah dan 1977 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 139.38 mata atau 0.35 peratus kepada 39,524.02 dan indeks Kospi Korea Selatan susut sebanyak 0.92 peratus kepada 3,156.92 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura naik 0.30 peratus kepada 4,132.25. – UTUSAN