PETALING JAYA: Bursa Malaysia susut 5.17 mata kepada 1,535.15 pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,540.32 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,538.66.
Jumlah dagangan sebanyak 144.42 juta unit bernilai RM76.29 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 182 berbanding 118 dengan 245 kaunter tidak berubah dan 1991 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 171.75 mata atau 0.41 peratus kepada 41,654.59 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 5.95 peratus kepada 3,196.40 dan indeks STI Singapura naik 0.99 peratus kepada 4,273.05. – UTUSAN