Nvidia sambung semula jualan cip AI 'H20' ke China

Nvidia sambung semula jualan cip AI ‘H20’ ke China

NVIDIA
Syarikat teknologi gergasi AS Nvidia berkata pada Selasa ia akan menyambung semula jualan cip kecerdasan buatan H20nya ke China, selepas eksport dihentikan kerana sekatan pelesenan AS.. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Syarikat teknologi gergasi AS Nvidia berkata pada Selasa ia akan menyambung semula jualan cip kecerdasan buatan H20nya ke China, selepas eksport dihentikan kerana sekatan pelesenan AS.

“NVIDIA sedang memfailkan permohonan untuk menjual GPU NVIDIA H20 sekali lagi.

“Kerajaan A.S. telah memberi jaminan kepada NVIDIA bahawa lesen akan diberikan, dan NVIDIA berharap untuk memulakan penghantaran tidak lama lagi,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan sehari sebelum Ketua Pegawai Eksekutif Jensen Huang menghadiri ekspo rantaian bekalan antarabangsa di Beijing. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN