MDX Summit 2025 sasar tarik 5,000 pengunjung

MDX Summit 2025 sasar tarik 5,000 pengunjung

ANUAR Faris Fadzil, (dari kiri) Nik Zalbiha Nik Mat dan Andrew Tai ketika taklimat media Malaysia Digital Xceleration (MDX) Summit di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SABRINA ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Malaysia Digital Xceleration (MDX) Summit 2025 dan SmartGov Malaysia 2025 dijangka menarik lebih 5,000 pengunjung. 

Pameran itu akan berlangsung pada 17 hingga 19 September ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pendaftaran bagi kedua-dua program itu akan dibuka esok dengan jangkaan sambutan hangat daripada pelbagai pihak. 

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Anuar Fariz Fadzil berkata, penganjuran edisi ketiga MDX Summit dan edisi sulung SmartGov Malaysia bakal memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju digital ASEAN.

“Teknologi yang menggunakan aset digital dan ejen digital sebagai teras akan terus mendorong pembangunan bakat, inovasi dan AI yang bertanggungjawab ke arah perkhidmatan awam yang lebih pintar,” katanya dalam taklimat media di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Synapze, Andrew Tai berkata, impak MDX diukur melalui pelbagai metrik, termasuk peningkatan bilangan syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) yang kini mencecah 6,000 pendaftaran. 

“Ia bukan hanya soal bilangan atau kewangan, tetapi juga pengetahuan baharu, perbualan berkualiti, serta bagaimana ekosistem MD digerakkan untuk menjayakan program ini,” jelasnya. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara (JDN), Nik Zalbiha Nik Mat berkata, kerajaan komited membangunkan ekosistem yang menyuburkan inovasi sambil melindungi kedaulatan data, kepercayaan dan keterangkuman.

“Visi ini akan diterjemahkan menerusi fokus kepada chatbot rakyat berkuasa kecerdasan buatan (AI), kerjasama keselamatan siber dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih pintar,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN