PETALING JAYA: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memperkenalkan dua geran baharu berjumlah RM2.9 juta bagi mempercepatkan transformasi digital dalam dua sektor strategik negara iaitu kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan. Kelayakan untuk geran-geran ini hanya diberikan kepada syarikat yang memiliki status Malaysia Digital (MD) atau MSC Malaysia atau kepada syarikat yang sedang memohon status MD semasa permohonan geran dibuat. Dua geran baharu ini, Geran Pemecutan Digital Malaysia dan Kecerdasan Buatan (MDAG-AI)…










