PETALING JAYA: Malaysia menerima pelaburan sebanyak RM31 bilion dari China pada tahun lalu dan dijangka memperoleh RM30 bilion lagi pelaburan pada 2025, kata Juwai IQI. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kashif Ansari berkata, jumlah 2024 adalah lebih dua kali ganda berbanding 2023 dan paling banyak sejak 2015. Katanya, manfaat daripada pelaburan asing termasuk pekerjaan baharu dan aset produktif, serta pemindahan kepakaran ke Malaysia. “Lihatlah Laluan Rel Pantai Timur. China Communications…










