PETALING JAYA: Kelulusan Skim Rel Akhir bagi projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) secara asasnya membuka laluan kepada kesinambungan pelaksanaan projek mega itu, sekali gus memberi rangsangan langsung kepada pelbagai sektor ekonomi. Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, dengan kelulusan tersebut, pelaksanaan pakej-pakej pembinaan dijangka disalurkan kepada pelbagai subkontraktor termasuk syarikat bumiputera dan bukan bumiputera. “Ini seterusnya akan…










