Bursa Malaysia ditutup negatif

Bursa Malaysia ditutup negatif

BURSA Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 1.27 mata kepada 1,524.59 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,525.86 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,526.46.

Jumlah dagangan sebanyak 3.50 bilion unit bernilai RM2.67 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 608 berbanding 343 dengan 504 kaunter tidak berubah dan 1,022 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 82.08 mata atau 0.21 peratus, kepada 39.819.11 ketika berita ini ditulis.

Dalam pada itu, Indeks STI Singapura naik 15.300 mata atau 0.37 kepada 4,204.80 dan indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 22.74 mata atau 0.71 peratus kepada 3,210.81. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN