PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 4.24 mata kepada 1,538.00 pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,533.76 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,538.05.
Jumlah dagangan sebanyak 182.29 juta unit bernilai RM107.26 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 222 berbanding 129 dengan 293 kaunter tidak berubah dan 1939 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 223.54 mata atau 0.54 peratus kepada 41,232.69 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan susut sebanyak 0.11 peratus kepada 3,192.66 dan indeks STI Singapura turun 0.28 peratus kepada 4,261.06. – UTUSAN