PETALING JAYA: Bursa Malaysia susut 3.07 mata kepada 1,522.79 pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,525.86 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,526.46.
Jumlah dagangan sebanyak 197.61 juta unit bernilai RM122.85 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 226 berbanding 118 dengan 269 kaunter tidak berubah dan 1864 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 82.08 mata atau 0.21 peratus kepada 39,819.11 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura melonjak 0.67 peratus kepada 4,189.50 dan indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.47 peratus kepada 3,203.13. – UTUSAN