KUALA LUMPUR: Kadar faedah rendah dijangka terus kekal sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama tahun hadapan, susulan pemotongan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini. Ketua Pegawai Pelaburan CIMB Group, Ng Boon Hoa berkata, BNM dilihat mengambil pendekatan berhati-hati dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara, khususnya ketika berdepan risiko kelembapan global dan ketidaktentuan rundingan tarif yang masih belum dimuktamadkan oleh Malaysia. “Kami menjangkakan BNM akan…










