Bank Islam terbit tranche RM1.0 bilion Sukuk Kanan Murabahah

Bank Islam terbit tranche RM1.0 bilion Sukuk Kanan Murabahah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) berjaya menerbitkan RM1.0 bilion Sukuk Kanan Murabahah di bawah Program Sukuk Kanan Murabahah RM10.0 bilion dalam nilai nominal (Program Sukuk Murabahah) pada 25 Julai 2025.

Bank Islam berkata, penerbitan Sukuk Kanan Murabahah telah menerima sambutan memberangsangkan daripada pelabur dengan nisbah bidaan tinggi kepada terbitan sebanyak tiga kali ganda. 

“Sukuk Kanan Murabahah menerima penarafan AA3/stabil oleh RAM Ratings Services Bhd. dan berjaya menetapkan kadar keuntungan kompetitif 3.85 peratus  setahun untuk tempoh tujuh tahun.

“Keuntungan daripada penerbitan ini akan membiayai aktiviti perbankan Bank Islam, keperluan modal kerja dan tujuan korporat lain. Penggunaan hasil di bawah Program Sukuk Murabahah juga patuh Syariah,” katanya dalam kenyataan.

Bank Islam merupakan penasihat utama, pengatur utama, pengurus utama dan penasihat syariah bagi Program Sukuk Murabahah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN