KUALA LUMPUR: Alliance Bank Malaysia Bhd. menyasarkan pertumbuhan pinjaman kasar antara lapan hingga 10 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026, sedikit perlahan berbanding 12 peratus yang dicatatkan pada tahun kewangan 2025. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Kellee Kam berkata, unjuran itu lebih konservatif selepas mengambil kira faktor perkembangan semasa ekonomi. “Namun, sekiranya ada ruang untuk melepasi paras 10 peratus, kami akan berusaha mencapainya. “Misalnya pada 2024, sasaran…










