KUALA LUMPUR: Kumpulan AFA Infrastructure and Development (AFA) optimis dapat menyiapkan projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak (KLK) dalam tempoh 40 hingga 42 bulan, lebih awal berbanding jangkaan asal selama 48 bulan. Pengerusinya, Tan Sri Azmil Khalili Khalid berkata, projek tersebut dijangka dijadual bermula pada suku kedua 2025, manakala kerja-kerja mitigasi banjir di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sudah pun dimulakan. Menurut beliau, pelaksanaan projek yang tersusun dan koordinasi berkesan bersama…