168 Park Selayang serah blok A lebih awal

168 Park Selayang serah blok A lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: 168 Park Selayang berjaya menyerahkan pemilikan kosong Blok A (Lush Residence) sembilan bulan lebih awal daripada jadual asal, sekali gus mencatat kadar jualan 100 peratus, mencerminkan keyakinan pasaran terhadap projek yang sebelum ini terbengkalai.

Penyerahan 477 unit pangsapuri servis yang dijadualkan pada Februari 2026 telah dipercepatkan ke 1 Julai 2025, menjadikannya antara projek pemulihan hartanah yang paling berjaya di negara ini. 

Ia merupakan sebahagian daripada usaha menghidupkan semula pembangunan Selayang Star City yang diambil alih menerusi perintah Mahkamah Tinggi pada suku pertama 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif 168 Park Selayang Sdn. Bhd., Edward Lum berkata, pencapaian itu mencerminkan komitmen syarikat dalam mengembalikan kepercayaan pembeli menerusi penyampaian projek yang tepat dan berkualiti.

“Kadar jualan penuh ini membuktikan kemampuan kami mentransformasi projek yang tertangguh menjadi komuniti kediaman yang berkembang,” katanya dalam kenyataan.

Sehingga kini, projek 168 Park Selayang mencapai kadar jualan keseluruhan 70 peratus merentas semua fasa. 

Separuh daripada pembeli merupakan penduduk setempat, menggambarkan sokongan komuniti dan kepercayaan terhadap prospek pembangunan jangka panjang.

Fasa pertama, Blok C, telah diserahkan pada Ogos 2024, diikuti pelancaran pusat beli-belah pada Disember tahun sama. 

Antara penyewa utama 168 Park Mall termasuk Village Grocer, Harvey Norman, Anytime Fitness, Llao Llao dan Chagee.

Katanya, projek ini turut mendapat perhatian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai model pemulihan bagi projek terbengkalai, hasil kejayaannya menyampaikan pembangunan mengikut jadual dan keperluan pasaran.

Dalam perkembangan lain, fasa seterusnya iaitu Blok B, bakal menawarkan 956 unit kediaman dalam menara setinggi 49 tingkat merupakan tertinggi di Selayang dengan sistem rumah pintar. 

“Ia dijangka siap pada Oktober 2026, dengan harga bermula RM397,000 seunit.

“Setakat ini, pemaju menyasarkan kadar jualan 85 peratus menjelang Jun 2026 dengan sambutan pasaran yang positif. 

“Projek baharu di Petaling Jaya Utara juga sedang dirancang dan dijangka dilancarkan pada 2026.

“Kami komited meneruskan model pembangunan berteraskan komuniti dan kualiti penyampaian, sejajar usaha memperkukuh kedudukan di pasaran hartanah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN