PETALING JAYA: 168 Park Selayang berjaya menyerahkan pemilikan kosong Blok A (Lush Residence) sembilan bulan lebih awal daripada jadual asal, sekali gus mencatat kadar jualan 100 peratus, mencerminkan keyakinan pasaran terhadap projek yang sebelum ini terbengkalai. Penyerahan 477 unit pangsapuri servis yang dijadualkan pada Februari 2026 telah dipercepatkan ke 1 Julai 2025, menjadikannya antara projek pemulihan hartanah yang paling berjaya di negara ini. Ia merupakan sebahagian daripada usaha menghidupkan semula…










