Rebut peluang perlindungan dan perjalanan ke Korea Selatan oleh Allianz Malaysia

Rebut peluang perlindungan dan perjalanan ke Korea Selatan oleh Allianz Malaysia

allianz
Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah melancarkan Kempen No Stopping Us, sebuah inisiatif di seluruh negara yang direka untuk memperkasa rakyat Malaysia mendapatkan tahap perlindungan kewangan sewajarnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah melancarkan Kempen No Stopping Us, sebuah inisiatif di seluruh negara yang direka untuk memperkasa rakyat Malaysia mendapatkan tahap perlindungan kewangan sewajarnya sambil berpeluang memenangi pengalaman seumur hidup.

Berlangsung sehingga 20 Julai 2025, kempen ini menawarkan pelanggan peluang keemasan untuk menonton atlet Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kegemaran mereka dan bintang global beraksi di Kejohanan Terbuka Korea 2025 pada September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang berkata, Syarikat menyokong rakyat Malaysia dengan alat kewangan yang betul untuk membuka langkah seterusnya dalam kehidupan dengan yakin melalui Kempen No Stopping Us tersebut.

“Kami mahu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengambil langkah pertama dalam menjamin masa depan mereka dengan penyelesaian insurans hayat dan am yang komprehensif. Sama ada melindungi orang yang anda sayangi atau melindungi diri anda daripada ketidaktentuan hidup, Allianz Malaysia komited untuk menyediakan alat dan pengetahuan penting untuk membantu mereka berjaya,” kata Sean.

Untuk berpeluang memenangi salah satu daripada 12 Hadiah Utama – perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk dua orang ke Separuh Akhir Terbuka Korea 2025* – rakyat Malaysia hanya perlu membeli polisi Allianz Malaysia yang layak, mendaftar minat di laman Kempen, dan mengaktifkan akaun MyAllianz. Selain itu, 300 hadiah saguhati disediakan untuk dimenangi.

Untuk menjayakan Kempen, Allianz Malaysia telah memulakan program #NoStoppingUs: Next-Level Unlocked Roadshow di Queensbay Mall, Pulau Pinang pada awal Mei.

Jerayawara itu menawarkan pengalaman yang menyeronokkan untuk rakyat Malaysia, menggabungkan keseronokan dan pembelajaran dengan permainan interaktif, pemeriksaan kesihatan percuma dan pendidikan insurans untuk memperkasakan peserta untuk menemui cara terbaik untuk kekal dilindungi dari segi kewangan.

#NoStoppingUs: Next-Level Unlocked Roadshow akan diteruskan di IOI City Mall, Putrajaya pada 25 hingga 29 Jun 2025, dan AEON Tebrau City, Johor pada 1 hingga 6 Julai 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN