Public Mutual agih lebih RM20 juta untuk tiga dana - Utusan Malaysia

Public Mutual agih lebih RM20 juta untuk tiga dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank, mengumumkan jumlah pengagihan kasar melebihi RM20 juta bagi tiga dana unit amanah bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2025.

Syarikat itu berkata, pengagihan tersebut melibatkan tiga dana utama iaitu Public Dana Bon Terpilih sebanyak 3.75 sen seunit, Public Dana Dividen Terpilih (20 sen seunit) dan PB Dana Dividen ASEAN (10 sen seunit).

“Dua daripada dana iaitu Public Dana Bon Terpilih dan PB Dana Dividen ASEAN membayar pengagihan secara tahunan, manakala Public Dana Dividen Terpilih membayar pengagihan secara setengah tahunan, bergantung kepada usaha terbaik pihak pengurusan dana,” katanya dalam kenyataan.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar di negara ini dengan pengurusan lebih 180 dana, termasuk sembilan dana di bawah Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan lebih daripada 180 dana.

Syarikat itu juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana PRS serta mempunyai 31 cawangan atau pusat khidmat pelanggan di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN