PETALING JAYA: Bursa Malaysia susut 10.51 mata kepada 1,501.44 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,511.95 pada penutup Rabu. Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,512.94. Jumlah dagangan sebanyak 2.82 bilion unit bernilai RM1.69 bilion. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 665 berbanding 298, dengan 460 kaunter tidak berubah dan 1,019 tidak diniagakan. Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 5.55 mata atau 0.19…










