Pasaran saham tempatan ditutup positif

Pasaran saham tempatan ditutup positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 0.31 mata kepada 1,511.95 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,511.64 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,511.89.

Jumlah dagangan sebanyak 2.42 bilion unit bernilai RM1.79 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 488 berbanding 361, dengan 503 kaunter tidak berubah dan 1,054 tidak diniagakan.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 21.89 mata atau 0.74 peratus kepada 2,972.19 ketika berita ini ditulis.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 348.41 mata atau 0.90 peratus kepada 38,885.15 manakala indeks STI Singapura turun 9.83 mata atau 0.25 peratus kepada 3,920.81. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN